Wednesday, February 11, 2009

Wanita dan Bentuk Gigi

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi
mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan
seseorang.Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah.
Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi,
siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga
mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu
baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang
tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai
atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah!
Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi
seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang
baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada
yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin
sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira.
Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati
kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik
nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi
awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang
dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu
harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan
sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan
kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya
keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang
tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah
dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan
dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka
ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak
cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka
ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman
bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat
meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat.
Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan
kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang
lain.

Seolah masuk ke dalam.

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam
dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang kekasih yang hebat


No comments:

Post a Comment