Wednesday, February 11, 2009

Rahsia Keperibadian Melalui Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan
keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. 
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti
ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. 
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. 
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya
dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin,
wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada
lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini,
dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia,
dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. 
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang
hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. 
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan
masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan
yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. 
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. 
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

No comments:

Post a Comment