Wednesday, February 11, 2009

Wanita dan Cara Makan

Bagaimana cara makan, begitulah cintanya ” Ish! Pelahapnya dia makan!
‘Cancel’ nak buat makwe!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak
dilapnya. Eiii….teruknya.” Perhatikan gaya teman kamu makan!
Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan,
ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada!
Ha…jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan
gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah
bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan.
Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang

Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih
‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di
sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang
tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu
tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan
tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau
makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok
saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga
yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So,
usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih
lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan
kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan!
Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’
sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak!
Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak
luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok
dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia
marah. ‘Angin satu badanlah pulak!

Makan sambil kerap

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang
dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada
date dengan jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua
menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok
saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu dia tak suka
seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan
macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah!
Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang
dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan
kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat
mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi,
jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka di meja sebelah walaupun
sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Perwatakan Wanita Melalui Bantal

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur
menggunakan bantal ? . Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita
berdasarkan cara memanfaatkan bantal:
Terdapat beberapa kategori dan perwatakan wanita:

1)Memeluk Bantal
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan satera. Perasaan mereka
halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa
yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sgt prihatin terhadap
kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk
memiliki badan yang kurus.

2)Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan diri .Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan
orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

3)Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.

4)Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.Mereka jarang bergaul dgn org
ramai,malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung
bersifat egois.Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai
cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5)Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu
over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang
lain.

Wanita dan Bentuk Gigi

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi
mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan
seseorang.Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah.
Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi,
siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga
mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu
baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang
tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai
atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah!
Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.Beralah sajalah!

Bersaiz sederhana dan rata .

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi
seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang
baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada
yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin
sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira.
Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati
kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik
nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi
awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang
dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu
harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan
sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil.

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan
kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya
keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang
tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah
dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan
dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka
ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak
cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka
ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman
bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat
meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat.
Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan
kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang
lain.

Seolah masuk ke dalam.

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam
dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun.

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang kekasih yang hebat


Rahsia Mata Wanita

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Mata juga
mengungkap pelbagai makna….firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah
sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama
yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan
semata-mata….

Saiz mata kecil

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi
bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan
kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat
penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan,
bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar

Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas,
pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah
tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan
sabar.
Wanita ini baik

Mata jarang berkedip

Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti,
setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan
membahagiakan.

Mata cengkung

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh
sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila
anda susah dia tidak peduli.

Mata redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati,
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah,
menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam,
tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Wanita dan Bentuk Hidung

Aduh!! Selepas ini hati-hati bila seseorang asyik memerhatikan hidung anda
kerana mungkin dia sedang menafsirkan keperibadian anda melalui bentuk
hidung!

Hidung agak besar

-mencerminkan seseorang itu cepat tersinggung, nafsunya besar dan agak
pemalas.

Hidung agak besar dan bulat

-mencerminkan dia seseorang yang bergaya dan tidak suka dianggap remeh.

Hidung agak besar bagian bawah

-mencerminkan seseorang itu tidak cermat dan tidak pandai menyimpan wang,
selalu berfikir yang baik2 sahaja.

Hidung agak besar tapi mancung

-mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.

Hidung agak besar tapi penyek

-mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.

Hidung agak kecil

-mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.

Hidung agak sederhana

-mencerminkan dia seseorang yang berhati tulus dan suka menolong.

Hidung agak mancung agak runcing

-mencerminkan dia seorang yang sportif dan begitu pandai berbicara.

Hidung dengan lubang hidung agak lebar

-mencerminkan dia seorang yang suka menginginkan milik orang lain.

Hidung dengan lubang hidung agak kecil

-mencerminkan dia seorang yang tidak teguh pendirian, fikiran tidak tetap
dan mudah tergoda.

Rahsia Rambut Wanita

1) RAMBUT LURUS

- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang
kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO

- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila
susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan
perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai
membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada
masalah.

8) RAMBUT TEBAL

- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN

-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai
selesaikan masalah diri.

Rahsia Dahi

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!