Ta'awwuz bagi menghalau syaitan
Allah menurunkan ayat di atas untuk mengajar baginda SAW cara menghadapinya iaitu dengan berta'awwuz daripada syaitan.
Ini kerana hasutan syaitan berlaku pada hati manusia. Hasutan yang menyebabkan seseorang itu merasa tertekan emosinya mengakibatkan berlakunya kemarahan itu.
Oleh itu, antara teknik yang berkesan untuk mengatasi perasaan marah ialah dengan berta'awwuz daripada syaitan yang direjam. (Tafsir al-Baidhawi, Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 200 surah al-A'raaf).
Khasiat dan kaifiat beramal:
Ayat ini mengajar umat Islam mempertahankan diri daripada gangguan jin. Jika gangguan itu dilakukan oleh manusia, maka kita diminta berlembut dan memberi kemaafan.
Sebaliknya, apabila ia dilakukan oleh jin, maka kita tiada pilihan melainkan dengan membaca ta'awwuz seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Selain membawa ta'awwuz, kita juga disuruh melaungkan azan. Terbukti pada zaman sahabat, Zaid bin Aslam telah memerintahkan para sahabat yang berhadapan dengan gangguan jin agar melaungkan azan sebanyak-banyaknya.
Akhirnya mereka tidak lagi berhadapan dengan gangguan jin-jin itu. (al-Wabil al-Sayyib, Bab Zikir Menghalau Syaitan).
No comments:
Post a Comment